Ceramah dan Kuiz Advokasi

1 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Oktober 2018 yang lalu, Pusat Internet Kabong telah menjemput pihak kami untuk sama-sama memeriahkan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kabong. Di program tersebut, pihak kami telah mengadakan slot program ceramah dan kuiz advokasi kepada para pelajar SMK Kabong dan SJK Chung Hua seramai 41 Orang. Pelbagai pengisian telah kami kongsikan seperti buli siber, permainan atas talian, klik dengan bijak tidak pasti jangan kongsi, maklumat palsu dan e-waste.

Objektif ceramah ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pengguna adik-adik kecil kita agar lebih peka dengan bahayanya penyalahgunaan internet. Pada dunia global kini, pelbagai jenayah telah berlaku sebagai contoh scam yang berleluasa. Diharap adik-adik dapat mengambil pengisian yang positif sebagai ikutan dan yang negatif untuk dijadikan sempadan dan tidak terikut-ikut dengan gejala yang tidak bagus yang terdapat di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali